Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 1, 2023 23:53 MYT
Ogos 1, 2023 23:53 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Ogos 2023.
Ruble digital akan dimasukkan ke dalam edaran dengan 13 bank pada peringkat awal.
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
Pada 2020 hampir 160 kes dilaporkan di seluruh negara, Florida adalah antara penyumbang kes yang paling banyak.
Penerbangan yang menghubungkan Lapangan Terbang Naha di pulau Okinawa dan Kagoshima di bahagian selatan Pulau Kyushu dengan bahagian lain di negara itu telah dibatalkan.
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri ketika perhimpunan politik di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, yang mengorbankan 54 mangsa.
Insiden berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.
Seramai 11 orang maut dan 27 lagi masih hilang dalam kejadian hujan ribut di Beijing, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.
Keputusan rasmi pilihan raya umum Kemboja termasuk pengagihan kerusi dalam Dewan Negara akan dikeluarkan pada 4 Ogos.