Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 31, 2023 23:45 MYT
Julai 31, 2023 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2023.
Jurugambar Perancis berusia 30 tahun yang terkenal dengan aksi memanjat beberapa menara di seluruh dunia, menemui ajal apabila terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan pencakar langit, ketika mengambil gambar.
Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak terkorban di Republik Mari El Rusia akibat ribut, kata pihak berkuasa pertahanan awam tempatan.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata taufan Khanun yang sangat kuat dijangka menghampiri wilayah barat daya Okinawa dan Amami di negara itu pada Isnin hingga Selasa.
Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Doksuri meningkat kepada 25, dengan sekurang-kurangnya 20 lagi hilang, lapor Xinhua memetik agensi bencana nasional Filipina pada Isnin.
Misi mencari anggota tentera Australia yang hilang selepas helikopter yang dinaiki terhempas di perairan Queensland diteruskan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 23 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang tergelincir dan terbalik di lebuh raya di wilayah Kars timur Turkiye pada Ahad, lapor Xinhua memetik penyiar TRT.
Seorang juruterbang dan dua penumpang maut selepas pesawat ringan melanggar hangar di lapangan terbang California sebelum terbakar pada Ahad.
Langkah Elon Musk memasang logo 'X' yang bercahaya terang di San Francisco bagi menandakan pengekalan syarikat media sosial yang dahulunya dikenai sebagai Twitter itu, telah mengundang rasa tidak puas hati oleh pegawai bandar dan penduduk di kawasan tersebut.
Angka kematian angkara pengebom bunuh diri di perhimpunan politik di daerah Bajaur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Ahad, meningkat kepada 44 orang, kata menteri kesihatan wilayah itu pada Isnin.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memberi amaran pada Ahad "peperangan akan berlaku di Rusia" akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow".