Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 30, 2023 23:43 MYT
Julai 30, 2023 23:43 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Julai 2023.
Dua dron ditembak jatuh awal Ahad di Moscow, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan.
Enam maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh sebuah van di Jombang, Jawa Timur pada Sabtu.
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran dan menuntut tindakan segera bagi menghentikan perbuatan ekstremis yang menyinggung perasaan umat Islam, lapor Xinhua.
Raja Maghribi Raja Mohammed VI berkenan memberikan pengampunan kepada 2,052 banduan sempena memperingati hari baginda menaiki takhta, lapor Agensi Berita MAP pada Sabtu.
Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pada Sabtu mendakwa polis menahan dan mencederakan lebih 100 penyokong parti itu, lapor Anadolu.
Anak kepada presiden Colombia, Nicolas Fernando Petro Burgos, ditahan pada Sabtu atas dakwaan pengubahan wang haram dan mengumpul kekayaan secara haram, menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Colombia.
Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) perlu mengumpul berjuta-juta dolar untuk mengurangkan defisitnya sebelum akhir 2023, kata seorang pegawai UNRWA pada Sabtu.
Kerajaan Rusia mengenakan larangan ke atas eksport beras dan oat sehingga 31 Disember 2023 bagi mengekalkan kestabilan pasaran domestik, lapor Sputnik.
Pihak pemeriksa bangunan di San Francisco membantah pemasangan papan tanda simbol X di atas bumbung bangunan ibu pejabat Twitter, lapor Anadolu Agency (AA) memetik San Francisco Chronicle.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu mengucapkan selamat menyambut hari Asyura kepada dunia Islam, lapor Agensi Anadolu (AA).