Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 28, 2023 23:52 MYT
Julai 28, 2023 23:52 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Julai 2023.
Taufan Doksuri, taufan kelima tahun ini mendarat di wilayah Fujian di timur China pada pagi Jumaat, membawa bersama angin kencang dan hujan lebat, lapor Xinhua.
Angka korban akibat sebuah bot kecil terbalik di di sebuah tasik berhampiran ibu negara Filipina semalam meningkat kepada 23 orang.
Parlimen Thailand dijadualkan bersidang pada 4 Ogos ini untuk mencuba sekali lagi memilih seorang Perdana Menteri.
Sekurang-kurangnya lapan orang maut, seorang hilang dan puluhan lagi cedera selepas letupan silo bijirin di sebuah koperasi pertanian di selatan Brazil pada Khamis.
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berlepas pulang ke republik itu semalam selepas melengkapkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.
Pelabur Malaysia telah menyatakan minat terhadap Dana Pelaburan Maharlika (MIF), dana kekayaan berdaulat pertama Filipina, kata Presiden Ferdinand R. Marcos Jr.
Bekas pegawai perisikan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), David Grusch memberitahu Kongres bahawa kewujudan objek terbang tidak dikenali (UFO) sudah dirahsiakan oleh kerajaan AS menerusi beberapa agensi sejak 1930-an lagi.
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis berdepan pertuduhan baharu membabitkan kes dokumen sulit, lapor media tempatan.
Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson akui "amat bimbang" tentang akibat jika lebih banyak demonstrasi berterusan di mana al-Quran dicemari dan dibakar.
Pasukan penyelamat di wilayah Jawa Tengah menggunakan pam bagi mengeluarkan air demi menyelamatkan sekurang-kurangnya lapan pelombong yang terperangkap sedalam 60 meter di lombong emas haram Pancurendang di pinggir Ajibarang, Banyumas sejak Rabu.
#China
#Doksuri
#Filipina
#Brazil
#Ferdinand Marcos Jr
#Amerika Syarikat
#UFO
#Donald Trump
#Sweden
#Al-Quran