Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 20, 2023 23:47 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Julai 2023.
1. Vietnam bentang permaidani merah sambut ketibaan PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Vietnam di Istana Presiden di sini hari ini.
2. Lawatan Anwar berpotensi perluas kerjasama Vietnam-Malaysia - Duta
Duta Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai berkata hubungan Vietnam-Malaysia berkembang dengan baik dan masih ada ruang untuk mengembangkan kerjasama antara kedua-dua negara.
3. Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan
Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan (27 Julai) untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini selepas pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat telah ditolak.
4. Dua maut, enam cedera termasuk anggota polis kejadian tembakan di Auckland
Sekurang-kurangnya dua maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di pusat bandar Auckland, New Zealand pada Khamis.
5. Tembakan rambang di Auckland: PM sahkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA diteruskan
Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins memaklumkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA tetap akan diteruskan seperti yang dirancang.
6. Lima maut, ramai dikhuatiri terperangkap tragedi tanah runtuh di India
Sekurang-kurangnya lima orang maut dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan di daerah Raigad, di negeri Maharashtra, India pada malam Rabu, lapor Xinhua memetik media tempatan.
7. Kanak-kanak tidak sengaja tembak mati adik usia setahun di California
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun ditembak mati secara tidak sengaja pada Isnin oleh adik beradiknya berusia tiga tahun di sebuah rumah di Fallbrook, California.
8. AS tentu sahih maklumat tentera seberang ke Pyongyang
Pentadbiran Joe Biden masih mengumpul maklumat mengenai anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang memasuki Korea Utara secara haram.
9. Ribut kuat di Croatia ragut tiga nyawa, puluhan lagi cedera
Ribut kencang yang melanda benua Croatia pada Rabu meragut tiga nyawa, selain mengakibatkan berpuluh-puluh lagi cedera.
10. Ribuan penulis gesa syarikat AI hormati hak cipta
Beribu-ribu penulis menggesa syarikat AI agar mendapatkan kebenaran sebelum memasukkan karya hak cipta ke dalam teknologi mereka.
#Astro Awani #Vietnam #Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #Thailand #Parlimen #New Zealand #FIFA #Auckland #India #Pyongyang #North Korea #Amerika Syarikat
;