Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 19, 2023 23:50 MYT
Julai 19, 2023 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan penggantungan sementara calon perdana menteri Pita Limjaroenrat daripada Parlimen hari ini.
Landskap politik Singapura dikejutkan dengan skandal luar nikah oleh dua ahli kanan parti pembangkang terbesar Singapura.
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam dari 20-21 Julai akan menyumbang kepada peningkatan terhadap keyakinan politik antara kedua-dua negara, menurut Duta Vietnam ke Malaysia Dinh Ngoc Linh.
Malaysia dan Indonesia hari ini meningkatkan kerjasama sektor pendidikan tinggi di bidang perubatan, sains dan teknologi serta pembangunan penyelidikan dan inovasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Selasa menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu, selepas kapal selam peluru berpandu balistik nuklear Amerika Syarikat (AS) tiba di sini dan sesi perasmian dialog keselamatan Korea Selatan-AS yang baharu.
Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) dengan sengaja menyeberangi sempadan antara Korea ke Korea Utara tanpa kebenaran, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin mengesahkan kejadian itu pada Selasa.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat pertama mengenai kecerdasan buatan (AI), pada Selasa.
Sebuah bandar terpencil di barat laut China mengalami suhu lebih 52 darjah Celsius pada Ahad, rekod tertinggi di negara itu.
Gelombang haba yang melanda hemisfera utara dijangka terus meningkat sekali gus membawa kepada peningkatan risiko serangan jantung dan kematian.
#Singapura
#hubungan sulit
#Anwar Ibrahim
#Vietnam
#Mohamed Khaled Nordin
#pendidikan
#Filipina
#Dadah
#Korea Utara
#tentera
#PBB
#AI
#China
#gelombang haba
#berita tumpuan
#antarabangsa