Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 12, 2023 23:52 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Julai 2023.
1. SPR Thailand syor calon PM Pita digantung sebagai Ahli Parlimen, atau hilang kelayakan
Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat boleh digantung atau hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa kesnya ke Mahkamah Perlembagaan, hanya sehari sebelum Parlimen mengadakan pengundian untuk memilih perdana menteri baharu.
2. Menteri Luar Thailand bertemu Suu Kyi
Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi pada Ahad.
3. Ukraine sertai NATO selepas perang dengan Rusia tamat
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy yakin negaranya akan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas peperangan dengan Rusia berakhir.
4. Kementerian Luar Sudan tolak cadangan tempatkan pasukan pengaman
Kementerian Luar Sudan menolak cadangan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) untuk menempatkan pasukan pengaman di negara itu bagi menghentikan pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
5. India kenakan cukai ke atas permainan dalam talian
Kerajaan India pada Selasa memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak 28 peratus ke atas permainan dalam talian, lumba kuda dan kasino, umum Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.
6. Gelombang panas melampau landa barat daya AS
Gelombang panas melanda wilayah gurun di barat daya Amerika Syarikat (AS) iaitu di Arizona, Nevada, New Mexico dan selatan California pada minggu ini dengan catatan suhu melebihi 37 darjah Celsius.
7. Banjir: Joe Biden isytihar darurat di Vermont
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Selasa mengisytiharkan darurat di Vermont ketika negeri itu dilanda banjir besar.
8. Pyongyang didakwa lancar peluru berpandu balistik
Korea Utara dipercayai telah melancarkan peluru berpandu balistik pada Rabu, lapor Sputnik.
9. Iraq dagang minyak untuk peroleh bekalan gas Iran
Iraq akan memulakan perdagangan minyak mentah untuk memperoleh gas asli Iran.
10. Duta Khas Presiden AS John Kerry lawat China 16 Julai
Duta Khas Presiden AS untuk Iklim, John Kerry, akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 16 hingga 19 Julai bagi menangani isu iklim dan mempromosikan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (COP28)," menurut Jabatan Negara AS pada Selasa, lapor Sputnik.
#perubahan iklim #Thailand #Pita Limjaroenrat #Aung San Suu Kyi #NATO #Ukraine #Sudan #gelombang panas
;