Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 6, 2023 15:47 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Julai 2023.
1. 2 maut, 6 cedera selepas struktur jejambat runtuh di Jepun
Dua pekerja binaan maut manakala enam lagi cedera selepas struktur lebuh raya bertingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh pada Khamis, di bandar Shizuoka, Jepun, lapor Xinhua.
2. Meta perkenal aplikasi Threads untuk saingi Twitter
Meta melancarkan aplikasi untuk menyaingi Twitter untuk dijadikan alternatif kepada platform media sosial yang dimiliki oleh Elon Musk.
3. Threads capai lima juta pendaftaran dalam tempoh empat jam
Hanya selepas empat jam Meta melancarkan aplikasi Threads, platform media sosial baharu itu berjaya mencatatkan lima juta pendaftaran.
4. NASA, SpaceX lancarkan misi kru ketujuh ke ISS pada Ogos
NASA dan SpaceX merancang untuk melancarkan misi kru ketujuh ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Ogos, lapor Xinhua.
5. Korea Selatan umum hasil analisis pelan pelepasan air sisa loji nuklear Fukushima esok
Korea Selatan akan mengumumkan analisis mengenai rancangan pelepasan air radioaktif yang dirawat daripada loji Fukushima ke lautan pada Jumaat, timbalan ketua pertama Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan, Park Ku-yeon.
6. Rakyat Jepun bantah pelan pelepasan air sisa loji nuklear Fukushima
Hampir 100 penunjuk perasaan di Jepun berhimpun untuk membantah rancangan kerajaan melepaskan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik, menyatakan kebimbangan mereka terhadap laporan akhir oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
7. Lombong emas haram: 16 maut akibat terhidu gas nitrat di Afrika Selatan
Sekurang-kurangnya 16 orang maut disyaki terhidu gas nitrat di sebuah penempatan di Boksburg, timur Johannesburg pada Rabu, lapor Xinhua.
8. Ottawa tangguh pengiklanan di Facebook, berbeza pendapat Akta Berita Dalam Talian
Kerajaan persekutuan Kanada pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya memutuskan untuk menangguhkan semua pengiklanannya di Facebook dan Instagram ekoran perselisihan mengenai Akta Berita Dalam Talian.
9. Istanbul haramkan perbuatan hisap shisha di tempat awam
Pihak berkuasa Istanbul pada Rabu menguatkuasa larangan menghisap shisha di tempat awam sehingga diberitahu kelak.
10. Kokain ditemui di White House
Perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat (AS) masih melakukan siasatan penemuan serbuk putih yang dikenal pasti sebagai dadah jenis kokain yang ditemukan di White House pada Ahad lalu.
#Jepun #Instagram #Meta #Threads #NASA #SpaceX #Fukushima #Istanbul #White House