Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 26, 2023 23:44 MYT
Jun 26, 2023 23:44 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Jun 2023.
Mahkamah Rayuan The Hague memutuskan esok mengenai permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan award sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia.
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast mendakwa sempat dijemput menjadi tetamu yang ikut melakukan ekspedisi tersebut, awal bulan ini.
Mahkamah Tinggi Australia menolak rayuan kerajaan Rusia pada Isnin untuk mengekalkan lokasi baharu kedutaan di Canberra, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Malaysia sedia membantu Laos dalam persediaan negara itu mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun depan.
Sepuluh orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas petir melanda sebahagian wilayah timur Punjab di Pakistan pada Ahad.
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.
Kementerian Kesihatan Awam Qatar mengumumkan penarikan baki sekatan terakhir yang diperkenalkan di tengah-tengah pandemik COVID-19 termasuk pemakaian pelitup muka di kemudahan perubatan.
Mayat manusia ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel Amerika Syarikat, lokasi pelakon Britain Julian Sands dilaporkan hilang kira-kira lima bulan yang lalu, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.
Kejadian berlaku ketika sebuah pesawat dari Los Angeles baru sahaja mendarat pada kira-kira 10.30 malam hari Jumaat.
Arab Saudi menggunakan teknologi terkini seperti kad pintar, robot dan AI untuk memudahkan jemaah mengerjakan haji pada musim kali ini.