Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 19, 2023 23:45 MYT
Jun 19, 2023 23:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Jun 2023.
AstraZeneca, syarikat senaraian terbesar di London, sedang mengkaji rancangan untuk menjadikan perniagaan Chinanya sebagai syarikat persendirian bagi melindunginya daripada ketegangan geopolitik, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Indonesia melancarkan satelit Satria-1 untuk merevolusikan sambungan internet dan merapatkan jurang digital, kata pemangku Menteri Komunikasi dan Informatik Mahfud Md.
Bom Perang Dunia II seberat 500 kilogram yang ditemukan di bandar Hanover Jerman berjaya diletupkan pada Ahad, selepas beribu-ribu penduduk dipindahkan dari kawasan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pegawai bomba tempatan.
Feri hibrid terbesar di dunia yang dilengkapi dua laluan keluar masuk, mula belayar di Selat Inggeris dalam usaha untuk menyumbang kepada perjalanan yang lebih mesra alam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dasar China terhadap Amerika Syarikat (AS) kekal konsisten dan stabil dengan berpandukan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama yang memberikan situasi sama menang.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari wukuf yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun ini sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun.
Jumlah korban akibat siklon luar tropika yang melanda selatan Brazil pada hujung minggu lalu kini meningkat kepada 13 orang, dengan empat orang masih hilang, menurut agensi pertahanan awam negara itu pada Ahad.
Kerajaan baharu Kuwait yang diketuai Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah telah ditubuhkan pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 22 yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di satu perhimpunan di sebuah tempat letak kereta di pinggiran Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Sekurang-kurangnya 628 orang yang dipindahkan ke tempat perlindungan, jatuh sakit akibat letusan Gunung Berapi Mayon, gunung berapi paling aktif di Filipina, lapor agensi kerajaan pada Isnin.