Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 15, 2023 23:46 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Jun 2023.
1. 79 migran maut kapal laut karam
Sebuah kapal laut yang membawa ratusan migran menuju ke Eropah dilaporkan karam di Lautan Greece pada Rabu.
2. Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam
Kerajaan Greece pada Rabu mengumumkan negara akan berkabung selama tiga hari bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden kapal karam di perairan antarabangsa dekat bandar Pylos.
3. Gempa bumi 6.5 magnitud landa utara Filipina
Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda pulau Mindoro di utara Filipina pada Khamis, kata Pusat Penyelidikan Jerman untuk Geosains (GFZ).
4. Gunung berapi Mayon meletus, 18,000 penduduk terjejas
Letusan gunung berapi Mayon di Filipina menyebabkan 18,000 penduduk tempatan terjejas.
5. Presiden China Xi Jinping sokong negara Palestin merdeka
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap perkongsian strategik, ketika berunding di Dewan Besar Rakyat Beijing, pada Rabu.
6. Pihak bertelagah di Sudan bakal bertemu dalam tempoh dua minggu
Ketua Tentera Sudan Jen Abdel Fattah al-Burhan dan komander pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Mohamed Hamdan Dagalo dijangka mengadakan pertemuan dalam tempoh dua minggu lagi, menurut seorang pegawai.
7. Twitter berdepan saman US$250 juta daripada 17 penerbit muzik
Gabungan penerbit muzik termasuk Universal Music Publishing Group, Warner Chappell Music dan Sony Music Publishing menyaman Twitter berhubung "pelanggaran hak cipta besar-besaran" yang melibatkan katalog muzik syarikat masing-masing.
8. TikTok to invest billions of dollars in Southeast Asia to boost e-commerce business
Short video app TikTok, owned by China's ByteDance, said on Thursday it would invest billions of dollars in Southeast Asia over the next few years, as it doubles down on the region amid intensifying global scrutiny over its data security.
9. Ex-Harvard morgue manager indicted for trafficking body parts - US prosecutors
The former morgue manager at Harvard Medical School was among five people indicted by a grand jury on Wednesday over allegations they stole and sold body parts from cadavers donated to the school, federal prosecutors said.
10. Fast approaching cylcone forces evacuation of 75,000 people on India's west coast
Authorities in India's western state of Gujarat evacuated more than 75,000 people from vulnerable coastal communities as cyclone Biparjoy was expected whirl in from the Arabian Sea to make landfall by Thursday evening.
#Greece #karam #gempa bumi #Filipina #gunung berapi #Xi Jinping #China #Palestin #Twitter #TikTok
;