Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 8, 2023 23:49 MYT
Jun 8, 2023 23:49 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Jun 2023.
Ratusan kebakaran hutan di Kanada menyebabkan ribuan orang ramai dpindahkan dan menyebabkan jerebu melanda bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS).
Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai rakan subahat dalam satu kes pembunuhan.
Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion, lapor Sputnik memetik TV Al Arabiya.
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.
Perjanjian rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia merupakan antara enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia.
Pertemuan empat mata antara pemimpin tertinggi Malaysia dan Indonesia hari ini mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kesepakatan bagi menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kedua-dua negara yang tertangguh sejak berpuluh tahun.
Akaun Instagram (IG) dan Twitter komediri Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia dan tragedi MH370 telah dinyah aktif lewat Rabu malam, mungkin disebabkan oleh banyak laporan yang dibuat oleh netizen Singapura .
Satu kejadian gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada jam 1.04 pagi Khamis.
Dua kadet dari Malaysia akan melanjutkan pengajian di akademi ketenteraan berprestij di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang menjalani latihan di akademi itu seramai lapan orang.
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).