Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 25, 2023 23:50 MYT
Mei 25, 2023 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Mei 2023.
Kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan tujuh tingkat di pinggir bandar Surry Hill di tengah Sydney pada petang Khamis, lapor Xinhua.
Kanada dan Arab Saudi bersetuju memulihkan hubungan diplomatik mereka dengan melantik duta masing-masing, sekali gus menamatkan pertikaian sejak 2018, lapor Sputnik memetik Global Affairs pada Rabu.
Presiden China, Xi Jinping, berkata dunia kini mengalami perubahan besar yang belum pernah berlaku dalam seabad, manakala trend sejarah multipolarisasi dan globalisasi ekonomi pula tidak dapat dihalang.
Syarikat induk Facebook, Meta memberhentikan hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland pada Khamis.
Pihak berkuasa Itali merampas ribuan artifak arkeologi dan mengeluarkan 21 waran tangkap ketika membongkar satu sindiket pencurian dan penyeludupan peninggalan purba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gabenor Florida Ron DeSantis pada Rabu mengumumkan pencalonannya untuk perlumbaan merebut jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dan berikrar mengetuai "Kebangkitan Semula Amerika Hebat," lapor Xinhua.
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Rantau Sempadan Panama-Colombia pada 11.05 pagi tadi.
Presiden Joe Biden pada Khamis bercadang untuk mengumumkan pelantikan Ketua Turus Tentera Udara Charles Q. Brown Jr. sebagai pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.
Syarikat teknologi, OpenAI mungkin mempertimbangkan untuk meninggalkan Eropah sekiranya tidak dapat mematuhi peraturan kecerdasan buatan (AI) yang dirangka Kesatuan Eropah (EU).
Penyanyi dan penghibur 'evergreen', Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun.
#Sydney
#kebakaran
#Kanada
#Arab Saudi
#Meta
#Ireland
#Itali
#Amerika Syarikat
#Ron Desantis
#Joe Biden
#OpenAI
#Tina Turner