Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 24, 2023 23:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Mei 2023.
1. Hampir separuh spesies haiwan dunia berkurangan - Kajian
Hampir separuh daripada spesies haiwan di permukaan dunia sedang mengalami penurunan populasi, menurut satu kajian baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
2. Wartawan Imran Riaz Khan masih hilang di Pakistan
Sekitar dua minggu lalu, sebuah video pendek tular di media sosial yang menunjukkan wartawan dan pengulas politik terkenal Pakistan, Imran Riaz Khan, diiringi keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sialkot oleh sekumpulan anggota polis.
3. 7 juta kanak-kanak bawah lima tahun di Afrika diancam kebuluran - UNICEF
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa berkata kanak-kanak di Afrika berhadapan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk kelaparan, perpindahan, kekurangan air dan rasa tidak selamat, lapor Xinhua.
4. Gunung Merapi meletus lagi
Gunung Merapi di Indonesia, antara gunung berapi paling aktif di dunia, meletus semula semalam dan memuntahkan lahar lebih dua kilometer dari kawahnya.
5. Sepanyol alami kemarau teruk, empangan air mula kering
Kekurangan taburan hujan dan peningkatan suhu yang tinggi mengakibatkan empangan air di Andalusia, Sepanyol kering dan mulai kosong.
6. Hubungan Iran-Indonesia beri manfaat kepada dunia Islam - Presiden Raisi
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, berkata perkembangan hubungan antara Iran dan Indonesia menjanjikan kemajuan besar bagi kedua-dua negara, rantau ini dan masyarakat Islam.
7. 11 orang termasuk tiga rakyat Malaysia ditahan polis Indonesia kerana seludup PATI
Polis Indonesia menumpaskan kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan penahanan 11 individu, termasuk tiga warga Malaysia di Batam, Kepulauan Riau.
8. Netflix bakal kenakan caj tambahan RM13 sebulan untuk perkongsian akaun
Netflix dilaporkan akan mula mengenakan bayaran sebanyak RM13 sebulan kepada pengguna yang tidak tinggal serumah bersama pemegang akaun yang melanggan perkhidmatan penstriman video itu.
9. Korea Selatan siap sedia lancar roket buatan sendiri dengan 8 satelit
Korea Selatan bersiap sedia untuk melancarkan roket buatan sendiri Nuri dalam misi menempatkan lapan satelit ke orbit.
10. Tujuh termasuk 4 kanak-kanak maut selepas bumbung padang sekolah runtuh
Tujuh termasuk empat kanak-kanak maut selepas bumbung di sebuah padang sekolah runtuh dalam kejadian ribut di Thailand pada Selasa.
#Pakistan #UNICEF #Afrika #Gunung Merapi #Indonesia #sepanyol #kemarau #Netflix #Korea Selatan #roket
;