Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 19, 2023 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Mei 2023.
1. Pemimpin G7 peringati mangsa bom atom Hiroshima
Wakil tujuh negara perindustrian demokratik utama (G7) memperingati mereka yang terkorban akibat bom atom yang dijatuhkan di bandar Hiroshima Jepun pada Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
2. Laporan PBB di Myanmar: Singapura ambil pendirian berprinsip terhadap kekerasan junta
Singapura telah mengambil pendirian berprinsip menentang penggunaan kekerasan oleh tentera Myanmar terhadap orang awam yang tidak bersenjata.
3. Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.
4. Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD
Korea Selatan pada Jumaat menaikkan tahap krisis penyakit penyakit kaki dan mulut (FMD) ke peringkat tertinggi di wilayah tengah dan akan melaksanakan langkah kuarantin yang dipertingkatkan untuk mencegah penularan penyakit haiwan itu.
5. El Nino jejaskan ekonomi untuk tempoh yang lama - Laporan
Fenomena El Nino bukan sahaja menimbulkan beban kewangan malah menyebabkan penduduk dunia hilang pendapatan, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman memetik penyelidikan terbaharu.
6. Larangan TikTok di Montana: Pengguna fail saman, dakwa cabul hak kebebasan bersuara
Sejumlah lima pengguna TikTok memfailkan saman terhadap larangan penggunaan aplikasi tersebut di
Montana, Amerika Syarikat (AS).
7. Ketegangan berlaku di luar kediaman Imran Khan di bandaraya Lahore
Ketegangan dilaporkan berlaku di luar perkarangan kediaman bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan di bandar Lahore pada Khamis susulan penahanan penyokongnya.
8. 9 terkorban, ribuan penduduk di Itali dipindah akibat banjir
Ribuan penduduk dipindah keluar di utara Itali ketika mana pasukan penyelamat berusaha memasuki bandar dan kampung-kampung yang terputus hubungan kerana faktor geografi, ketiadaan bekalan elektrik dan telekomunikasi akibat hujan lebat serta banjir.
9. Doktor Australia dibebaskan selepas 7 tahun diculik di Afrika Barat
Seorang doktor Australia berusia 88 tahun dibebaskan selepas lebih tujuh tahun ditahan di Afrika Barat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan kerajaan Canberra pada Jumaat.
10. Gelombang ketiga pemecatan kakitangan Meta minggu depan
Syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat Meta akan memulakan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan, selepas penamatan perkhidmatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Sputnik memetik laporan Vox pada Jumaat.
#Astro Awani #G7 #Jepun #hiroshima #Myanmar #Singapura #Palestin #Korea Selatan #HFMD #TikTok #Montana #Pakistan #Imran Khan #Lahore #Itali #banjir #Meta #Afrika Barat #Australia
;