Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 18, 2023 23:51 MYT
Mei 18, 2023 23:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Mei 2023.
The leader of the progressive Move Forward Party said he wants to form a coalition government with seven other parties following a sweeping victory in Thailand's parliamentary elections during the weekend.
Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat yang pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melayu Patani, juga terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah.
Junta tentera Myanmar yang merampas kuasa pada awal 2021 mengimport senjata api asing dan bahan pembuatan senjata bernilai sekurang-kurangnya US$1 bilion, menurut laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata agensi berita Jerman (dpa).
Laporan "Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia Tahun 2023" untuk setengah tahun pertama yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi China sebanyak 5.3 peratus berbanding unjuran sebelum ini, iaitu 4.8 peratus.
Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Rabu.
Tiga kanak-kanak dan seorang bayi dipercayai masih hidup selepas 17 hari insiden pesawat yang mereka dinaiki terhempas di hutan di selatan Colombia, menurut Presiden Gustavo Petro pada Khamis.
Angka kematian di Kenya dipercayai akibat kultus kebuluran meningkat kepada 227 pada Rabu selepas pihak polis menemukan 15 lagi mayat.
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan mengalami kejadian ‘kejar-mengejar antara kereta’ dengan jurugambar bebas (paparazzi) di jalan raya, kata jurucakap pasangan popular antarabangsa itu.
Presiden Ecuador Guillermo Lasso pada Rabu membubarkan Dewan Perundangan negara itu melalui dekri di tengah-tengah proses pemecatan terhadapnya, Xinhua memetik laporan media tempatan.
#Thailand
#poll
#Move Forward
#Myanmar
#Junta
#PBB
#China
#Sundan
#Colombia
#TikTok
#Montana
#Putera Harry
#Meghan Markle
#equador