Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 16, 2023 23:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Mei 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Mei 2023.
1. Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Sekurang-kurangnya enam dilaporkan terkorban dalam satu kebakaran di sebuah asrama di Wellington, New Zealand awal pagi Selasa.
2. Laos siap sedia jadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2024
Pihak berkuasa pelancongan Laos sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN pada 2024 yang akan berlangsung di Vientiane dari 22 hingga 27 Jan, bertemakan "Pelancongan Berkualiti dan Bertanggungjawab - Mengekalkan Masa Depan ASEAN".
3. Perubahan iklim: 54 peratus tanah bagi penanaman kopi dijangka terjejas menjelang 2100 - Laporan
Perubahan iklim dijangka mengurangkan tanah tersedia untuk penanaman kopi sebanyak 54 peratus menjelang 2100 walaupun suhu global dihadkan kepada 1.5-2 darjah Celsius melebihi paras pra-industri, lapor agensi berita Jerman (dpa).
4. 7,000 penyokong Imran Khan diberkas
Kerajaan Pakistan telah menahan lebih 7,000 penyokong pemimpin pembangkang yang juga bekas perdana menteri Imran Khan di seluruh negara.
5. China sedia bantu negara terjejas akibat siklon Mocha
China sedia menawarkan bantuan kemanusiaan kecemasan yang diperlukan kepada negara-negara yang terkesan akibat siklon Mocha, termasuk Myanmar, kata jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Xu Wei pada Isnin.
6. AS mulakan ujian klinikal vaksin influenza universal mRNA
Amerika Syarikat memulakan ujian klinikal vaksin influenza universal yang dibangunkan oleh penyelidik di Institut Kesihatan Nasional AS (NIH), menurut agensi itu pada Selasa.
7. Biden, pemimpin Kongres akan adakan rundingan lanjut isu had hutang - Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin Kongres akan bertemu pada Selasa untuk rundingan lanjut mengenai kenaikan had hutang, lapor Sputnik, memetik kenyataan Rumah Putih pada Isnin.
8. Pemanis bukan gula tidak bantu kurangkan lemak badan - WHO
Pemanis bukan gula (NSS) tidak memberikan sebarang faedah jangka panjang untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang ingin mengurangkan lemak badan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam garis panduan baharu yang dikeluarkan pada Isnin.
9. Presiden Palestin gesa PBB gantung keanggotaan Israel
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung keahlian Israel dalam badan dunia itu kecuali ia menghormati komitmennya untuk melaksanakan resolusi PBB yang berkaitan, lapor Xinhua.
10. Selepas dua dekad, sidang kemuncak pertama Majlis Eropah bermula di Reykjavik
Kira-kira 30 ketua negara dan kerajaan Eropah akan menyertai sidang kemuncak Majlis Eropah yang berlangsung di Iceland pada Selasa yang diadakan buat julung kalinya dalam tempoh 20 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
#berita pilihan #Berita AWANI #berita luar negara #berita antarabangsa
;