Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 13, 2023 15:49 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Mei 2023.
1. Menteri EU dan Indo-Pasifik bincang isu keselamatan
Menteri dan wakil Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan dari wilayah Indo-Pasifik di Stockholm yang antara lain menumpukan kepada isu cabaran keselamatan dan kerjasama ekonomi, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
2. Dikritik belanja mewah, Menteri Luar Papua New Guinea letak jawatan
Menteri Luar Papua New Guinea Justin Tkatchenko dilapor meletak jawatan selepas kontroversi perbelanjaan mewah rombongan rasmi ke istiadat pertabalan Raja Charles III, baru-baru ini.
3. Singa tertua di dunia mati ditikam pengembala
Seekor singa jantan liar yang dipercayai merupakan salah seekor singa tertua di dunia dilaporkan mati ditikam pengembala.
4. Turkiye miliki 'institusi demokrasi membanggakan' - AS
Turkiye mempunyai "institusi demokrasi membanggakan" menurut Rumah Putih pada Jumaat ketika jutaan rakyat Turki bersedia untuk mengundi dalam pilihan raya presiden dan parlimen seluruh negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
5. Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.
6. Ketua PBB sambut baik perjanjian kemanusiaan antara pihak bertelagah di Sudan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyambut baik perjanjian antara pihak yang bertelagah di Sudan yang membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan secara selamat.
7. Kris Dayanti, Harvey Malaiholo, Marcell antara calon pilihan raya Indonesia 2024
Artis-artis tersohor Indonesia seperti Kris Dayanti, Rano Karno, Harvey Malaiholo, Marcell Siahaan, Once Mekel dan beberapa nama lain telah mendaftar untuk mencuba nasib sebagai calon Ahli Parlimen dalam Pilihan Umum (Pemilu) 2024.
8. Emirates umum bonus 6 bulan kepada kakitangan - Laporan
Lebih 100,000 pekerja Emirates akan mendapat bonus sebanyak 24 minggu atau enam bulan berikutan keuntungan tertinggi yang pernah direkodkan syarikat penerbangan antarabangsa itu iaitu sebanyak AS$3 bilion.
9. Elon Musk umum Linda Yaccarino sebagai CEO baharu Twitter
BILIONAIR Elon Musk menamakan Linda Yaccarino sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Twitter, hanya lebih daripada enam bulan selepas pengambilalihan kontroversi beliau terhadap syarikat platform media sosial tersebut, lapor portal berita BBC.
10. Erdogan janji peralihan kuasa aman andai kalah dalam pilihan raya
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata beliau akan menerima apa jua keputusan pengundian Ahad ini dan berundur jika kalah, sekali gus menafikan kebimbangan yang beliau mungkin enggan melepaskan kuasanya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
#Elon Musk #Kesatuan Eropah #letak jawatan #media sosial