Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 11, 2023 23:55 MYT
Mei 11, 2023 23:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Mei 2023.
ASEAN tidak bertolak ansur terhadap pencabulan nilai kemanusiaan yang berlaku di Myanmar.
Untuk memudahkan integrasi ekonomi serantau, pemimpin ASEAN menghasilkan deklarasi mengenai memajukan rangkaian pembayaran serantau dan mempromosikan transaksi mata wang tempatan, di Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di sini, pada Rabu.
The meeting of the finance ministers and central bank Governors of G7 countries will be held from May 11 to 13 in the Japanese city of Niigata.
Pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat, yang juga calon perdana menteri berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand pada Ahad ini, berikutan dakwaan beliau memiliki 42,000 saham dalam iTV Plc, badan penyiar yang menamatkan operasi pada 2007.
Ramai penunjuk perasaan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Pakistan susulan protes yang semakin meningkat di seluruh negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Imran Khan.
Pihak berkuasa Tunisia membuka siasatan terhadap serangan tembakan di sebuah rumah ibadat yang membunuh dua penganut Yahudi dan tiga anggota pasukan keselamatan.
Enam rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, terbunuh di Gaza pada Rabu, hari kedua Israel melancarkan serangan bom.
Sekurang-kurangnya 27 orang cedera, kebanyakannya kanak-kanak, apabila sebuah jejantas pejalan kaki runtuh di Finland pada Khamis.
Perdana Menteri Finland Sanna Marin mengumumkan pada Rabu bahawa dia dan suami telah memfailkan perceraian.
Dua defendan dalam kes kematian pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, dijatuhi hukuman penjara.
#ASEAN
#Myanmar
#Indonesia
#G7
#Japan
#PRU
#Thailand
#Move Forward
#Pakistan
#Tunisia
#Gaza
#Palestin
#Israel
#bom
#Finland
#Sanna Marin
#Tangmo