Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 10, 2023 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Mei 2023.
1. Pemimpin ASEAN suara kebimbangan keganasan berlarutan di Myanmar
ASEAN amat bimbang dengan keganasan yang berterusan di Myanmar, khususnya serangan bersenjata ke atas konvoi kemanusiaan.
2. Malaysia kecewa kurang kemajuan ASEAN tangani krisis di Myanmar - PM Anwar
Malaysia menzahirkan kekecewaan terhadap kekurangan kemajuan ASEAN dalam menangani krisis kemanusiaan dan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar, yang kini memasuki tahun ketiga.
3. Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: Anwar usul penubuhan Dana Kewangan Asia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan penubuhan Dana Kewangan Asia (AMF) sebagai usaha untuk meningkatkan keupayaan ekonomi rantau ASEAN.
4. AS sahkan Ukraine guna Patriot tembak peluru berpandu hipersonik Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh peluru berpandu hipersonik Kinzhal milik Rusia dengan menggunakan sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu (AA), memetik jurucakap Pentagon pada Selasa.
5. Gempa bumi sederhana di Selat Sunda, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 melanda Selat Sunda, Indonesia pada 12.24 tengah hari tadi.
6. Arab Saudi sambung semula misi diplomatik di Syria
Arab Saudi memutuskan untuk menyambung semula misi diplomatiknya di Syria, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu.
7. Jumlah pelarian domestik di Sudan meningkat kepada 700,000 dalam tempoh seminggu - PBB
Pada minggu lalu, jumlah pelarian domestik di Sudan meningkat lebih dua kali ganda kepada lebih 700,000, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
8. Pyongyang kutuk Sidang Kemuncak Korea Selatan-Jepun, dakwa buka laluan 'pakatan sulit tentera'
Korea Utara mengecam sidang kemuncak antara Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida melalui saluran propagandanya pada Rabu, dengan mendakwa ia membuka laluan kepada "pakatan sulit tentera" antara kedua-dua negara.
9. Wartawan AFP maut serangan roket di timur Ukraine
Seorang wartawan video agensi berita Perancis Agence France-Presse (AFP) terbunuh pada petang Selasa berhampiran bandar Bakhmut, timur Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa).
10. 1 maut, 9 cedera dalam serangan pisau di rumah anak yatim
Seorang remaja perempuan maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian serangan pisau di rumah anak yatim di tengah Poland lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI
;