Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 9, 2023 23:59 MYT
Mei 9, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Mei 2023.
Turkiye bersedia untuk menjadi tuan rumah rundingan komprehensif bagi Sudan jika dipersetujui pihak-pihak berkepentingan, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada ketua tentera Sudan pada Selasa.
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dalam satu ciapan berkata beliau memutuskan untuk kembali ke Thailand Julai ini dan akan mengikut proses undang-undang.
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ditahan sejurus tiba di Mahkamah Tinggi di Islamabad bagi berdepan pelbagai tuduhan rasuah.
Lima agenda disentuh dalam Mesyuarat Dua Hala melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Selasa.
Pertempuran bersenjata masih berlaku di ibu negara Sudan Khartoum pada Isnin dengan rundingan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) belum mencapai kemajuan besar setakat ini.
Kemalangan bas di negeri tengah India Madhya Pradesh pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.
Jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa mengisytiharkan diplomat Konsulat Jeneral Kanada di Shanghai sebagai persona non grata, lapor Xinhua.
Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya Elon Musk pada Isnin.
Amerika Syarikat (AS) tidak berhasrat untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan rejim Syria Bashar al-Assad, kata Rumah Putih pada Isnin susulan keputusan Liga Arab menerima semula Damsyik dalam perkumpulan itu pada hujung minggu lepas.
Pihak berkuasa kesihatan di Queensland, Australia pada Selasa mengeluarkan amaran untuk tidak mengambil produk kesihatan yang diperoleh secara haram, lapor Xinhua.