Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 8, 2023 23:43 MYT
Mei 8, 2023 23:43 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Mei 2023.
Tentera Diraja Thailand (RTA) menegaskan situasi di sempadan Thailand-Malaysia sentiasa dipantau serta menjadi fokus utama kerajaan demi keselamatan penduduk di kedua-dua negara.
Pelan hala tuju penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN antara perkara yang bakal menjadi tumpuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei ini.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan senjata api selepas insiden tembakan terbaharu di Texas, lapor Agensi Anadolu (AA).
Liga Arab pada Ahad memutuskan untuk menerima semula keanggotaan Syria selepas keanggotaanya digantung selama 12 tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).
Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas AS NASA.
Ukraine mendakwa Rusia melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas negara itu pada awal pagi Isnin, lapor dpa.
Ketegangan semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Turkiye apabila sebuah perhimpunan parti pembangkang dicemari insiden rusuhan dan serangan.
Putera William menzahirkan penghargaan kepada bapanya dalam konsert ekstravaganza bagi meraikan pertabalan Raja Charles III.
Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad, lapor media tempatan.
Kesatuan Eropah bercadang untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat China yang didakwa menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, lapor Sputnik.