Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 1, 2023 23:42 MYT
Mei 1, 2023 23:42 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Mei 2023.
Tentera Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat pada Isnin.
Switzerland menggantikan Rusia sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama sebulan mulai 1 Mei.
Gangguan bekalan elektrik di lapangan terbang di Manila pada awal pagi Isnin menyebabkan beberapa penerbangan domestik dibatalkan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di barat Mexico pada Ahad.
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud awal 6.2 melanda Pulau Okinawa di Jepun, pada Isnin.
Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada Ahad mengumumkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata baharu selama 72 jam, berkuat kuasa tengah malam Ahad.
Satu pertempuran membabitkan kumpulan pendatang dan polis Peru meletus di kawasan sempadan Tacna dan Chile.
Puting beliung dan ribut kuat melanda Palm Beach Gardens, Florida, Amerika Syarikat (AS) mengakibatkan kemusnahan teruk di kawasan tersebut.
Angkatan Tentera Sudan mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan percubaan pasukan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) untuk merampas kuasa di negara itu.
Hos yang juga juri program memasak televisyen popular, MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia pada usia 46 tahun.