Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 25, 2023 23:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 April 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 April 2023.
1. Gempa bumi kuat gegar Indonesia, ribuan penduduk melarikan diri
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Selasa dan berpotensi mencetuskan tsunami selain memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan pantai.
2. Puak bertelagah di Sudan setuju genjatan senjata 72 jam, beri peluang pemindahan dilakukan
Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang berperang di Sudan bersetuju dengan gencatan senjata selama 72 jam bermula Selasa.
3. 13 maut, 50 cedera letupan di barat laut Pakistan
Dua letupan di depot peluru agensi anti-keganasan di barat laut Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan lebih 50 yang lain, pada Isnin.
4. Malaysia ulangi komitmen terus perkukuh kerjasama dengan Turkiye
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Turkiye dan akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
5. Arab Saudi bawa keluar 350 lagi warga asing dari Sudan
Arab Saudi telah memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain, menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang disiarkan di Twitter pada Isnin.
6. Dadah: EU kenakan sekatan terhadap sepupu pemimpin Syria Bashar al-Assad
Kesatuan Eropah (EU) menyenaraikan sepupu Presiden Syria Bashar al-Assad sebagai individu yang dikenakan sekatan kerana didakwa terlibat dalam jenayah mengedar dadah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
7. Rakyat Cuba berbaris panjang bagi mendapatkan petrol
Krisis bahan api terus memburuk di Cuba menyebabkan rakyat dan pelancong berbaris panjang bagi mengisi tangki minyak kenderaan mereka.
8. Mogok pekerja masih berlaku di beberapa lapangan terbang utama di Jerman
Operasi di dua lapangan terbang utama Jerman terjejas teruk berikutan berikutan mogok pekerja sektor awam di seluruh negara minggu lepas.
9. WHO, Gates Foundation kerjasama pulihkan vaksinasi kanak-kanak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang bekerjasama dengan Yayasan Bill dan Melinda Gates dan organisasi bukan berasaskan keuntungan lain bagi memulihkan penurunan dalam vaksinasi rutin terhadap golongan kanak-kanak.
10. Keadaan keselamatan, kemanusiaan di Port-au-Prince semakin meruncing - PBB
Keadaan keselamatan dan kemanusiaan di Cite Soleil, di Port-au-Prince, Haiti, berada pada tahap membimbangkan, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
#konflik Sudan #Indonesia #gempa bumi #Jerman #mogok #Sudan
;