Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 21, 2023 23:59 MYT
April 21, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 April 2023.
Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia.
Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri.
Sudan Selatan menubuhkan pasukan tindak pantas kecemasan (ERT) dengan kerjasama firma pengeluar minyak untuk memastikan pengeluaran minyak tidak terganggu ekoran konflik di Sudan sejak minggu lalu.
Dua rakyat Malaysia yang berada di Sudan telah dibawa keluar dari tempat mereka dan dipindahkan ke lokasi selamat, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Filipina, Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Junior, lapor Sputnik, memetik Setiausaha Akhbar White House Karine Jean- Pierre pada Khamis.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.
Roket gergasi SpaceX yang sedang dalam ujian pelancaran meletup selepas beberapa minit ia dilancarkan pada Khamis.
Selepas berbulan ditangguhkan, Twitter telah mula membuang tanda pengesahan biru daripada pengguna yang disahkan tetapi belum mendaftar untuk perkhidmatan langganan berbayar, Twitter Blue.
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.
Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan, kata peguam aktor ternama Hollywood itu.