Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 11, 2023 23:54 MYT
April 11, 2023 23:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 April 2023.
Kira-kira 1,700 penduduk di bandar Chiang Mai menyaman kerajaan kerana pencemaran udara teruk yang menyelubungi utara Thailand semasa musim menebang dan dan membakar di kawasan ladang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Bangkok Post pada Selasa.
Lapan kapal China dilaporkan masih berada di sekitar perairan Taiwan pada Selasa, meskipun latihan tentera laut tamat pada tiga hari lalu, menurut kementerian pertahanan Taiwan.
Seramai 1 juta perokok di Britain akan digalakkan menukar rokok dengan rokok elektronik atau 'vape'.
Kebakaran yang melanda bandar Gangneung di timur laut Korea Selatan pada Selasa memusnahkan kira-kira 40 rumah dan bangunan, memusnahkan hutan seluas 144 padang bola, serta memaksa beratus-ratus penduduk dan pelancong untuk berpindah.
Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaru oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan penilaian bahawa kebanyakan maklumat yang terkandung dalam dokumen Pentagon yang dikatakan bocor adalah palsu.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un desak kepimpinan tenteranya perkukuh pertahanan perang dengan lebih praktikal dan pada kedudukan sedia menyerang.
Amerika Syarikat dan Filipina melancarkan latihan ketenteraan terbesar merentasi Laut China Selatan dan Selat Taiwan pada Selasa. Ia antara lain melibatkan latihan tembakan secara langsung dan ia dilihat sebagai satu tindakan memberi tekanan kepada China.
Presiden Joe Biden umum akan bertanding semula dalam Pilihan Raya Presiden 2024, dan akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat.
Kira-kira 2.15 juta rakyat Thailand mendaftar sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei depan, umum. Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sawaeng Boonmee.
#Britain
#vape
#jerebu
#Thailand
#China
#Taiwan
#Korea Selatan
#Pentagon
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#pilihan raya