Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 10, 2023 23:53 MYT
April 10, 2023 23:53 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 April 2023.
MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan "kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin."
Indonesia akan menawarkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) kepada Amerika Syarikat (AS) bagi menambah baik rantaian bekalan mineral yang digunakan dalam penghasilan bateri kenderaan elektrik.
Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, berjanji akan memberikan bantuan yang diperlukan oleh kerajaan negeri Maranhão dan lebih 7,000 mangsa banjir yang terjejas.
Pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama meminta maaf selepas tular klip video yang menunjukkan beliau mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.
Provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang "tidak boleh diterima" dan akan mencetuskan "peperangan", kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh pada Ahad.
Latihan ketenteraan China memasuki hari ketiga pada Rabu, dengan pesawat dan kapal tentera terus dikerahkan berhampiran Taiwan. Ia susulan lawatan Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen ke Amerika Syarikat baru-baru ini.
Meskipun India bakal menjadi negara dengan populasi terbesar di dunia, namun India juga merupakan 20 negara terendah di dunia dari segi jumlah pekerja wanita, yang terus merosot sejak berdekad lalu.
Delegasi Arab Saudi dan Oman tiba di Yaman untuk rundingan gejatan senjata bersama pemberontak Houthi pada Sabtu. Pengumuman rasmi dijangka dalam beberapa hari akan datang.
Dua mayat ditemukan dalam runtuhan bangunan di Marseille, manakala usaha mencari lapan lagi mangsa yang hilang diteruskan, lapor Sputnik memetik laporan BFMTV.
Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmed Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah membentuk kerajaan baharu pada Ahad.
#Amerika Syarikat
#gencatan senjata
#Israel
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#Singapura
#Brazil
#China
#Mahmoud Abbas