Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 3, 2023 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 April 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 April 2023.
1. 3 terbunuh dalam kejadian tembakan di selatan Perancis
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam tiga insiden tembakan di selatan Perancis pada malam Ahad.
2. Bekas menteri ekonomi Jakov Milatovic menang pemilihan Presiden Montenegro
Bekas menteri pembangunan ekonomi Montenegro, Jakov Milatovic memenangi pemilihan presiden pada Ahad selepas memperoleh 58.9 peratus undian, lapor Agensi Anadolu memetik keputusan awal.
3. Gempa bumi kuat berhampiran pantai timur Kamchatka, Rusia
Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran pantai timur Kamchatka, Rusia pada 11.06 pagi ini.
4. Vietnam dilanda gelombang haba
Gelombang haba diramal melanda Vietnam dengan beberapa wilayah dijangka mengalami gelombang haba melampau pada Isnin.
5. Asa Hutchinson umum bertanding Pilihan Raya Presiden AS 2024
Bekas Gabenor Arkansas, Asa Hutchinson mengumumkan pencalonannya untuk bertanding pada pemilihan presiden Amerika Syarikat 2024.
6. Negara pengeluar minyak bersatu kurangkan pengeluaran mulai Mei 2023
Menteri Minyak Kuwait Bader al Mulla pada Ahad berkata Kuwait bersama bersama negara OPEC Plus akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 128,000 tong sehari pada tahun ini bermula Mei.
7. PM Finland, Sanna Marin akui kekalahan, ucap tahniah kepada pemenang
Parti Konservatif Finland menang pilihan raya dengan memperoleh 20.8% undi. Perdana Menteri Finland, Sanna Marin akui kekalahan dalam pilihan raya.
8. Malaysia kecam tindakan bakar Al-Quran di Denmark
Malaysia menerusi kenyataan Wisma Putra, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji membakar kitab suci Al-Quran di Denmark pada 24 Mac dan 31 Mac.
9. Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Draf undang-undang yang diusulkan Ahli Parlimen Fabio Rampelli itu mencadangkan denda sehingga EUR100,000 (AS$108,705) kepada mereka yang melanggar peraturan baharu itu.
10. Selepas 54 hari bayi terselamat dalam gempa bumi Turkiye disatukan dengan ibunya
Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana itu.
#OPEC #Vietnam #Turkiye #Amerika Syarikat #Asa Hutchinson #Jakov Milatovic #Sanna Marin #Finland
;