Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 28, 2023 23:54 MYT
Mac 28, 2023 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mac 2023.
Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.
British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.
Jerman akhirnya menghantar kereta kebal tempur Leopard yang dijanjikan ke Ukraine, memberikan Kyiv senjata berat yang sangat diperlukan bagi menentang Rusia.
Kualiti udara di utara Thailand melepasi tahap bahaya pada Isnin berikutan pembakaran ladang pertanian. Beberapa bahagian Chiang Rai merekodkan Indeks Kualiti Udara setinggi 582, iaitu 124 kali lebih tinggi berbanding had antarabangsa.
Parlimen Hungary pada Isnin meluluskan bidaan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Presiden Amerika Syarikat gesa Kongres luluskan undang-undang reformasi senjata lebih ketat susulan insiden seorang wanita membunuh 6 orang termasuk 3 kanak-kanak di sebuah sekolah di Nashville, Tennessee.
Seramai 20 jemaah umrah terbunuh sementara 29 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.
Insiden tembakan pada Isnin menyebabkan enam orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
Hale dikenal pasti sebagai lelaki transgender dan dipercayai pernah bersekolah di sekolah Kristian itu.
Pasukan mencari dan menyelamat masih bertungkus lumus mencari mangsa tanah runtuh di Ecuador yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, dan mencederakan 16 yang lain.