Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 15, 2023 23:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mac 2023.
1. 15 terbunuh, lebih 2,000 cedera ketika menyambut Chaharshanbeh Soori di Iran
Sambutan Chaharshanbeh Soori atau Pesta Api di Iran meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa dan mencederakan lebih 2,500 yang lain.
2. Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh
Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol, Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang, menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan.
3. Ribut salji melanda beberapa bahagian di AS
Ribut musim sejuk dan salji tebal di bahagian timur laut Amerika Syarikat (AS), menyebabkan puluhan ribu rumah terputus bekalan elektrik, penutupan sekolah secara meluas dan keadaan jalan raya yang licin dan berbahaya.
4. Bekas PM Pakistan, Imran Khan, dakwa rumahnya diserang pasukan keselamatan
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Rabu berkata rumahnya diserang apabila pasukan separa tentera bertembung dengan penyokongnya di bandar Lahore.
5. Imran Khan sedia hadir ke mahkamah 18 Mac ini
Imran Khan mengesahkan akan hadir ke mahkamah 18 Mac ini bagi menghadapi perbicaraan.
6. New Zealand tekad kurangkan ancaman keganasan, ekstremis pada ulang tahun ke-4 insiden Christchurch
Kerajaan New Zealand komited untuk mengurangkan ancaman keganasan dan ekstremisme ganas kepada rakyat New Zealand.
7. Bekas PM Australia bidas pelan pebelian kapal selam
Bekas Perdana Menteri Australia, Paul Keating, menempelak rancangan kerajaan membeli kapal selam daripada Amerika Syarikat berjulah USD360 bilion.
8. Amaran di Lima ditingkatkan ke tahap merah
Amaran merah dikeluarkan di Lima, Peru dan kawasan sekitarnya yang musnah akbat dibadai Taufan Yaku.
9. Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk, menurut kenyataan daripada pasukan perubatannya pada Selasa.
10. Washington dakwa dron 'Reaper' terhempas dipintas jet pejuang Rusia
Sebuah dron pengawasan MQ-9 Reaper milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas ke Laut Hitam selepas dipintas oleh jet pejuang Rusia.
#Iran #Korea Selatan #Amerika Syarikat #ribut salji #Pakistan #Imran Khan #New Zealand #Australia #Argentina #Washington #Rusia
;