Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 6, 2023 23:47 MYT
Mac 6, 2023 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mac 2023.
Jepun menghargai usaha Korea Selatan mengumpul dana awam bagi membayar pampasan kepada rakyat negara itu yang menang tuntutan ganti rugi terhadap syarikat yang memperhambakan mereka semasa Perang Dunia Kedua.
Sekurang-kurangnya sembilan anggota separa tentera terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian pengebom bunuh diri di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, pada Isnin.
Pengawal Pantai Jepun pada Isnin menjalankan misi mencari untuk mengesan tujuh orang yang hilang dalam insiden bot nelayan Taiwan karam berhampiran Pulau Ishigaki.
Beberapa bahagian timur Australia, termasuk Sydney, bersiap sedia untuk berdepan hari paling panas dalam tempoh dua tahun hari ini, dengan suhu diramal mencecah sekitar 40 darjah Celsius.
Sebuah kapal kargo telah diapungkan semula selepas terkandas di Terusan Suez Mesir selama dua jam, menurut Penguasa Terusan Suez (SCA) pada Ahad.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan menjalani ujian kecekapan mental dan menganggap idea agar ahli politik berusia lebih 75 tahun itu menjalani ujian berkenaan sebagai "tidak masuk akal", kata Jill Biden.
Protes membantah sistem lokomotif Greece berlangsung di dua lokasi
Canselor Jerman, beri amaran China bakal terima akibat jika membantu Rusia dalam perang dengan Ukraine.
Polis Pakistan serahkan waran tangkap kepada bekas PM Pakistan, Imran Khan supaya hadir perbicaraan di mahkamah anti-rasuah.
Lebih 100 negara menandatangani perjanjian yang ditetapkan untuk melindungi biodiversiti marin dunia dalam satu mesyuarat bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu di New York.