Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 2, 2023 23:45 MYT
Mac 2, 2023 23:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mac 2023.
Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Khamis, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu BMKG.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menjalin kerjasama dengan TikTok untuk menyebarkan maklumat tepat tentang pilihan raya umum 2023 akan datang.
Ahli Biro Politik Parti Komunis Vietnam (CPV), Vo Van Thuong dipilih sebagai presiden baharu Vietnam pada Khamis.
Konsensus membuat keputusan terus menjadi prinsip utama ASEAN, namun ia tidak bermakna kumpulan serantau itu harus berdiam diri berhubung perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seekor anjing berjaya diselamatkan selepas tertimbus di bawah runtuhan selama 23 hari berikutan kejadian gempa bumi di Turki dan Syria, bulan lalu.
Akibat gempa bumi yang melanda barat Laut Syria, lebih banyak dana dan pembukaan pintu sempadan perlu dilakukan bagi menggerakkan bantuan kecemasan, itu yang disuarkan Ketua Pengarah WHO.
Australia akan melancarkan Strategi Ekonomi Asia Tenggara pada akhir tahun ini yang bertujuan untuk memaksimumkan penglibatan dan potensi ekonomi dengan negara-negara di rantau ini, kata Menteri Luar Penny Wong.
Syarikat pengeluar kenderaan elektrik, TESLA akan memotong kos pemasangan kereta sebanyak separuh bagi pengeluaran kereta pada masa depan.
Pihak berkuasa Greece tidak menolak kemungkinan nahas kereta api penumpang dan kargo pada Rabu berpunca daripada kecuaian manusia.
Putera Harry dan isterinya Meghan Markle telah diminta mengosongkan Frogmore Cottage, rumah di dalam kawasan estet Istana Windsor King Charles yang mereka gunakan ketika berada di Britain.