Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 17, 2023 23:59 MYT
Januari 17, 2023 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Januari 2023.
Pembantu juruterbang pesawat terhempas di Nepal Ahad lalu dilaporkan merupakan isteri kepada juruterbang yang terbunuh dalam nahas kapal terbang hampir 17 tahun lalu.
Seorang bayi berusia enam bulan dan ibunya antara yang maut ditembak di California, lapor Agensi Anadolu.
Guru-guru di England dan Wales umum akan menyertai jururawat, pekerja kereta api serta lain-lain sektor, melancarkan mogok terhadap kerajaan kerajaan Perdana Menteri Rishi Sunak.
Seorang pegawai polis London mengaku merogol dan mendera 24 wanita selama hampir dua dekad, menjadikannya salah seorang pesalah seks paling aktif di Britain.
Kremlin memberi amaran bahawa kereta kebal yang akan dihantar United Kingdom (UK) ke Ukraine akan dimusnahkan.
Korea Selatan mahu lebih banyak projek kerjasama nuklear dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut Presidennya, Yoon Suk Yeol, kerjasama dalam pembinaan loji nuklear Barakah adalah satu permulaan untuk meneroka lebih banyak bidang.
Aktor Hollywood, Idris Elba menyeru pemimpin politik serta perniagaan dunia untuk meningkatkan sokongan terhadap negara miskin dalam bentuk pelaburan dan bukannya bantuan. Kata Elba, pelaburan akan membantu negara terbabit bergerak ke arah pembangunan dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata.
Lima lelaki Indonesia didakwa atas kecuaian sehingga mencetuskan malapetaka sejarah bola sepak terburuk di negara tersebut, hadir ke mahkamah untuk dibicarakan menerusi pautan video pada Isnin.
Lapan termasuk lima kanak-kanak dilaporkan cedera selepas sebuah helikopter yang terbang di sebuah parti kanak-kanak telah menyebabkan bumbung stadium runtuh.
Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan dan berundur daripada Biro Politik dan Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam (CPV), Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa.