Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 16, 2023 23:59 MYT
Januari 16, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Januari 2023.
Sebuah pesawat yang membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di bahagian tengah Nepal, mengorbankan 68 orang, lapor Reuters.
Perakam suara kokpit dan data pesawat Yeti Airlines 691 yang terhempas di Pokhara, Nepal, ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Isnin.
Gempa bumi bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Izu, Jepun, pada 04:49:52 GMT Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Sekurang-kurangnya 24 orang mati kesejukan termasuk empat kanak-kanak di pelbagai wilayah di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Tolo news pada Isnin.
Kebanyakan pejabat kerajaan, universiti dan sekolah di seluruh Iran kekal ditutup Ahad ketika gelombang sejuk melanda negara itu selain kekurangan bekalan gas.
Tahap keselamatan di sini sempena Forum Ekonomi Dunia 2023 (WEF2023) ditingkatkan ke tahap tertinggi seiring majlis pembukaan yang bakal berlangsung pada petang Isnin waktu tempatan.
Aktivis iklim dan kumpulan anti-WEF serta jutawan mengadakan demonstrasi seiring penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023, di sini.
Mahkamah Indonesia hari ini memulakan perbicaraan terhadap lima lelaki atas pertuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian 135 orang, termasuk kanak-kanak selepas polis melepaskan gas pemedih mata di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.
Peru mengisytiharkan darurat di ibu negara Lima serta tiga wilayah lain berikutan protes berlanjutan terhadap Presiden Dina Boluarte yang sehingga kini meragut sekurang-kurangnya 42 nyawa.
Kira-kira 30,000 pekerja kesihatan melancarkan protes terhadap kerajaan di Madrid, Sepanyol, pada Ahad. Protes itu sebagai membantah dasar dan polisi sistem kesihatan yang lemah oleh kerajaan wilayah konservatif.
#Madrid
#sepanyol
#Peru
#perintah darurat
#Indonesia
#Kanjuruhan
#WEF
#Iran
#Afghanistan
#gempa bumi
#Jepun
#Nepal
#kotak hitam