Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 13, 2023 23:59 MYT
Januari 13, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Januari 2023.
Pihak pendakwaraya Jepun memulakan pendakwaan ke atas suspek pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat.
Pengerusi ASEAN, Indonesia akan menubuhkan pejabat utusan khas untuk menangani krisis pascarampasan kuasa di Myanmar, lapor Agensi Berita Vietnam memetik Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
China akan terus mengoptimumkan dan menyesuaikan langkah-langkah berkaitan COVID-19 mengikut perkembangan situasi wabak, bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan perjalanan rentas sempadan yang selamat, lancar dan teratur, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.
Sekurang-kurangnya lima maut dan 13 lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki yang sedang melintas jalan di China.
Pihak berkuasa pelancongan Thailand pada Khamis mengumumkan pelan tahunannya untuk meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pelancongan yang dipertingkatkan dan berasaskan pengalaman.
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Merrick Garland pada Khamis mengumumkan pelantikan peguam khas untuk menyiasat urusan berkaitan hal dokumen sulit Presiden Joe Biden.
Gergasi teknologi Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya, Tim Cook lebih 40 peratus berdasarkan panduan pelabur selain atas permintaan Cook sendiri.
Pemerintah Taliban melancarkan 'supercar' pertama hasil rekaan dan buatan Afghanistan.
Kes baharu COVID-19 di Korea Selatan menurun kepada paras terendah untuk tempoh 11 minggu namun terdapat peningkatan dalam kes import.
Pakistan menerima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika rizab pertukaran asingnya semakin berkurangan.