Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 17, 2022 23:59 MYT
November 17, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 November 2022.
Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan negeri California barat AS pagi Rabu.
Amazon mengesahkan pada Rabu ia telah memulakan proses pemberhentian kira-kira 10,000 pekerja di bahagian korporat dan teknologi bermula minggu ini.
ilionar keempat paling kaya di dunia, Jeff Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) baru-baru ini menasihatkan penduduk supaya tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.
Sekumpulan pelajar perempuan warga Australia ditahan selepas didakwa mencuri di beberapa kedai di Singapura. Enam pelajar terbabit berusia di antara 14 dan 16 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Mandarin Gallery, Orchard Road pada Ahad.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk membela diri dalam tuntutan mahkamah pemegang saham Tesla yang mencabar pakej pampasan Lembaga Pengarah Syarikat bernilai lebih daripada AS$55 bilion.
Presiden China Xi Jinping memarahi Perdana Menteri Kanada ketika menghadiri mesyuarat G20 selepas pemimpin muda itu didakwa membocorkan perbualan mereka kepada media.
Peluru berpandu yang melintasi ruang udara Poland dan meragut dua nyawa pada Selasa mungkin milik Ukraine. Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg memberitahu agensi berita BBC, siasatan terperinci di kawasan sempadan Ukraine itu masih dijalankan.
Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu bersatu dalam menghadapi cabaran pasca COVID-19, kata Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria.
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia yang disasarkan dari sebuah ladang berhampiran di Pervomaisk yang terletak di timur Ukraine.
Tiga daripada empat tertuduh yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 disabit kesalahan oleh Mahkamah Belanda pada Khamis.