Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 5, 2022 23:57 MYT
Oktober 5, 2022 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Oktober 2022.
Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan bebas bagi menyiasat kejadian rempuhan selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Sabtu lalu.
Pasukan bola sepak Arema FC didenda 250 juta rupiah (RM75,950) oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke dalam Persekutuan Rusia.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sidang tergempar pada 10 Okt (Isnin) berhubung aneksasi (pengilhakan) Rusia ke atas wilayah Ukraine, menurut seorang jurucakap.
Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik yang lebih jauh berbanding sebelum ini, pada Selasa.
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Uttarakhand di utara India.
Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 trilion, di tengah-tengah peningkatan kadar faedah yang diperkenal bagi membendung inflasi yang merekodkan paras tertinggi serta ketidaktentuan yang semakin tinggi, menurut data Jabatan Perbendaharaan.
Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron mengesahkan penyertaannya pada mesyuarat tahunan pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok dari 18 hingga 19 Nov.
Perancis telah memasuki gelombang kelapan virus COVID-19 menjelang musim sejuk penghujung tahun ini.
Jutawan Elon Musk bercadang untuk meneruskan tawaran asalnya untuk membeli Twitter dengan nilai AS$44 bilion.
#Indonesia
#arema fc
#rusuhan
#stadium
#Rusia
#Ukraine
#Vladimir Putin
#PBB
#Korea Selatan
#Korea Utara
#India