Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 30, 2022 23:58 MYT
September 30, 2022 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 September 2022.
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.
Kedutaan Itali di ibu negara Rusia pada Khamis menggesa semua rakyatnya di negara itu untuk keluar kecuali atas sebab tertentu.
Kebocoran keempat dikesan dalam saluran paip gas bawah laut yang menghubungkan Rusia ke Eropah.
Ratusan sukarelawan Mesir berhimpun di Kaherah dan membersihkan Sungai Nil dengan matlamat menjadikan nadi kehidupan negara itu lebih bersih, lestari dan menarik.
Australia pada Jumaat mengumumkan negara itu akan menamatkan keperluan isolasi mandatori COVID-19 pada 14 Oktober.
Mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi serta penasihat ekonominya, warga Australia, atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi.
BBC pada Khamis umum pengurangan 382 pekerjaan sebagai sebahagian daripada langkah meluas untuk mengurangkan kakitangan Perkhidmatan Dunia BBC.
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada pagi Jumaat.
Taiwan akan menamatkan peraturan mandatori kuarantin COVID-19 terhadap pengembara yang tiba ke negara itu bermula 13 Oktober depan.
China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik kenyataan wakil China pada Rabu.
#Vladimir Putin
#Ukraine
#Rusia
#Moscow
#nord stream
#eropah
#Prayuth Chan-ocha
#Myanmar
#Aung San Suu Kyi
#COVID-19