Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 14, 2022 23:59 MYT
September 14, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Selepas membadai Jepun, Taufan Muifa kini dilaporkan mula beralih ke perairan China pula.
Lebih 500 ratus pemimpin dan kerabat diraja seluruh dunia dijangka hadir pada upacara pengebumian Ratu Elizabeth II yang dijadual berlangsung Isnin depan. Bagaimanapun, beberapa pemimpin termasuk Russia, Belarus, dan Myanmar dilaporkan tidak dijemput menghadiri upacara itu.
Seorang kakitangan Universiti Northeastern, Boston cedera selepas sebuah bungkusan yang diterima tiba-tiba meletup.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan cuti umum di negara itu pada 19 September ini sempena hari istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.
Eksport makanan dari Ukraine dan Rusia meningkat sejak perjanjian bijirin 22 Julai lalu. Bagaimanapun menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), eksport baja dari Rusia yang merupakan sebahagian daripada perjanjian itu masih lagi rendah.
Kepekatan gas rumah hijau terus meningkat ke paras yang tinggi dan kadar pelepasan bahan api fosil kembali ke tahap sebelum pandemik.
Pasukan penyelamat pada Selasa meneruskan misi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan kediaman empat tingkat yang berlaku di ibu negara Jordan.
Ketibaannya disambut orang ramai di pekarangan luar istana selepas dibawa dengan pesawat dari Scotland.
Csaba Korosi dalam ucap tamanya memberi amaran berkaitan ketidaktentuan global, inflasi dan konflik kini mewujudkan keadaan gangguan yang tidak pernah berlaku sejak perang dunia kedua.
126 orang akan dihantar ke Malaysia melalui Kalimantan Barat di bawah program penempatan tenaga kerja antara swasta.