Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 30, 2022 23:58 MYT
Ogos 30, 2022 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Ogos 2022.
Pakistan berada di barisan hadapan krisis iklim dunia selepas monsun yang menyebabkan banjir kali ini mengorbankan lebih 1,136 nyawa.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan perjanjian pinjaman dengan Pakistan untuk mengeluarkan kira-kira AS$1.1 bilion dalam pembiayaan baharu untuk membantu negara itu mengatasi kemelut ekonominya.
Mahkamah Rayuan Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka , Sheikh Saleh Al Talib.
Seorang militan Indonesia yang akan dibebaskan, menyatakan kekesalan atas peranannya dalam insiden pengeboman maut di Bali pada tahun 2002.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menawarkan untuk berkongsi tenaga dengan Eropah yang berada di tengah-tengah krisis tenaga sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Semakin ramai rakyat Bangladesh menghadapi penyakit kronik di bahagian perut akibat tabiat pemakanan dan penjagaan kesihatan yang lemah, yang mendorong peningkatan penjualan ubat gastrik dan anti-asid.
Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo pada Isnin berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi.
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin disahkan positif COVID-19 dan akan menjalankan tugasnya secara isolasi hingga simptom yang dialami sembuh.
Dua juruterbang Air France digantung tugas gara-gara bertumbuk di dalam kokpit ketika penerbangan Geneva-Paris pada Jun lalu.
Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI dan Sputniknews.com membentuk kerjasama strategik sebagai usaha memperhebat penyediaan kandungan berita alternatif mengenai Rusia dan hal ehwal antarabangsa.
#Pakistan
#banjir
#IMF
#imam
#Masjidil Haram
#Bali
#bom
#Umar Patek
#Ukraine
#eropah
#Bangladesh
#Korea Selatan
#COVID-19
#Indonesia
#Juruterbang
#Air France
#France