Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 18, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Ogos 2022.
1. 16 maut, 36 hilang dalam banjir kilat di China
Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala 36 yang lain masih hilang dalam banjir kilat akibat hujan lebat pada Khamis di barat laut China.
2. Putera Mahkota Jordan bertunang dengan warga Saudi Rajwa al-Saif
Istana Diraja Hashemite mengumumkan pertunangan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II dengan warga Saudi, Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz al-Saif, pada Rabu di hadapan Raja Abdullah II bin Al-Hussein dan Ratu Rania Al Abdullah.
3. Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19
Agensi kesihatan terkemuka Amerika pada Rabu mengumumkan ia merancang untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.
4. Serang rumah bekas isteri dengan 'molotov cocktail', pemilik restoran popular Singapura dipenjara
Gara-gara tidak berpuas hati, seorang lelaki warga Singapura bertindak memandu ke rumah bekas isterinya semasa tempoh pemutus litar (circuit breaker) sebelum melempar bom api (molotov cocktail), menyebabkan kerosakan pada kediaman tersebut.
5. Rombak Kabinet | Jokowi tak tolak kemungkinan untuk kali keempat
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi melakukan rombakan Kabinet selepas kali terakhir ia dilakukan pada jun lalu. Jokowi berkata, keadaan itu mengambil kira kepada perubahan yang pantas di peringkat global sejak kebelakangan ini.
6. Agong berkenan terima menghadap Naib Presiden Turkiye
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Naib Presiden Turkiye Fuad Oktay di Hotel JW Marriot Ankara sempena Lawatan Negara Seri Paduka ke Turkiye.
7. Dakwa diseksa, pembantu peribadi Imran Khan dimasukkan ke hospital
Pembantu peribadi bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan, Shahbaz Gill dimasukkan ke hospital di Islamabad pada malam Rabu susulan dakwaan diseksa ketika berada dalam tahanan polis.
8. Gelombang radio mungkin terputus akibat aktiviti matahari
Lemparan gas panas lampau yang bertenaga dan bermagnet tinggi dari matahari akan melanda bumi dan mempunyai peluang 10 peratus untuk menghasilkan suar kelas X yang boleh mencetuskan radio komunikasi terputus dan mengganggu sistem kedudukan sejagat (GPS) pada Khamis.
9. Kes Salman Rushdie: Suspek menghormati Ayatollah Khomeini dari Iran
Lelaki yang dituduh menikam Salman Rushdie berkata, dia menghormati Ayatollah Ruhollah Khomeini tetapi tidak menyatakan sekiranya tindakannya itu didorong fatwa dikeluarkan bekas pemimpin Iran itu.
10. Kes pertama anjing dijangkiti cacar monyet di Paris - WHO
Pakar kesihatan berkata, ia merupakan kes pertama seumpamanya dan menegaskan adalah penting untuk mengasingkan diri daripada haiwan peliharaan yang dijangkiti.
#COVID-19 #Indonesia #Salman Rushdie #Jordan #cacar monyet #Ankara #Joko Widodo #WHO #Paris
;