Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 10, 2022 23:59 MYT
Ogos 10, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Ogos 2022.
Sejenis virus baharu yang disebarkan kepada manusia daripada haiwan, telah menjangkiti 35 orang di wilayah Shandong dan Henan, menurut kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.
Aplikasi WhatsApp mengumumkan beberapa kemas kini baharu pada Selasa, melibatkan privasi aplikasi itu termasuk pengguna boleh membaca mesej diterima tanpa mendedahkan ia sudah dibaca atau belum.
China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.
Api dilaporkan sudah menyambar tangki keempat penyimpanan minyak di bandar Matanzas, Cuba, selepas tangki ketiga dilaporkan terbakar pada Selasa.
SpaceX melancarkan 52 satelit dari Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Kesemua satelit dibawa menaiki roket Falcon 9, yang kembali ke buBanjir Seoul: Angka kematian meningkat, kawasan Gangnam juga terjejasmi kurang sembilan minit selepas pelancaran, dengan mendarat di atas sebuah kapal dekat laut.
Angka korban akibat banjir di Seoul meningkat kepada sembilan orang sekurang-kurangnya, sementara tujuh lagi masih hilang.
Dalam tempoh sebulan lebih ini, kita banyak menghalakan perhatian kepada Jepun. Radar tumpuan yang disorotkan tentang Jepun itu datangnya dalam pelbagai isu. Ada Bon Odori, juga kepada reaksi balas negara matahari terbit itu berhubung pasca-pandemik, itu sebagai contoh.
Satu mesyuarat khas kabinet diadakan pada 11.30 pagi waktu tempatan (02:30 pagi GMT). Kerajaan baharu Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.
Rusia melancarkan satelit Iran ke orbit pada Selasa dari selatan Kazakhstan, lapor Agensi Anadolu, memetik perbadanan angkasa Rusia.
Seorang suspek ditahan berhubung pembunuhan empat lelaki Islam sejak sembilan bulan lalu di Albuquerque, bandar terbesar di negeri New Mexico di AS, menurut polis pada Selasa.