Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 28, 2022 23:59 MYT
Julai 28, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Julai 2022.
Ratusan penyokong setia kepada ulama terkemuka Muqtada al-Sadr, menceroboh masuk ke Zon Hijau di Baghdad, yang menempatkan bangunan Parlimen Iraq, sebagai bantahan terhadap pencalonan Perdana Menteri baharu.
China beri amaran bahawa Washington akan menanggung akibat jika Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi berdegil untuk meneruskan lawatan ke Taiwan.
Serpihan roket angkasa lepas China dijangka terhempas ke bumi dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang berlaku di Pulau Luzon di Filipina turut dirasai dekat ibu kotanya, Manila pada Rabu.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr memaklumkan, segala usaha bantuan telah disalurkan bagi membantu mangsa gempa bumi dekat wilayah Abra di utara negara itu.
Kementerian Pertahanan Syria mengeluarkan rakaman latihan ketenteraan bersama sekutu utamanya, Rusia.
Setelah lebih 24 jam dilanda hujan lebat, bandar pelabuhan, Karachi di Pakistan dilanda banjir. Menurut laporan media tempatan, ratusan penduduk terkandas akibat paras air yang meningkat.
Golongan lelaki yang berisiko dijangkiti cacar monyet dinasihatkan supaya mengurangkan pasangan seksual buat masa ini.
Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mencadangkan agar penduduknya menghentikan pengambilan berlebihan vitamin D.
Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan filem yang ditunggu-tunggu ramai, Thor: Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di Malaysia.
#Iraq
#Nancy Pelosi
#Taiwan
#Amerika Syarikat
#China
#gempa bumi
#Filipina
#Ferdinand Marcos
#Syria
#Rusia
#Pakistan
#cacar monyet
#vitamin d
#Thor
#GSC