Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 21, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Julai 2022.
1. Perdana Menteri Itali Mario Draghi letak jawatan
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi meletak jawatan pada Khamis selepas sekutu utama pakatannya memboikot keputusan undi tidak percaya.
2. Ranil Wickremesinghe angkat sumpah jawatan Presiden Sri Lanka
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe telah mengangkat sumpah sebagai Presiden negara itu pada Khamis (21 Julai), lantas berdepan cabaran untuk memulihkan krisis ekonomi, politik dan perpaduan.
3. Gelombang Haba | Ragut 1,063 nyawa di Portugal
Dalam tempoh hampir dua minggu, jumlah korban akibat gelombang haba di Portugal dianggarkan telah meragut lebih 1,000 nyawa. Data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan negara itu turut mendedahkan antara punca kematian termasuk sesak nafas selain strok haba.
4. Presiden AS Joe Biden disahkan positif COVID-19
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden disahkan positif COVID-19 dengan hanya mengalami gejala ringan pada Khamis.
5. PM UK: Sunak, Truss calon terakhir ganti Boris Johnson
Bekas Ketua Perbendaharaan, Rishi Sunak dan Setiausaha Luar Liz Truss menjadi dua calon terakhir bagi menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri.
6. An An, panda jantan tertua di dunia mati pada usia 35 tahun
An An, panda gergasi jantan yang tertua di dunia dilaporkan mati di Hong Kong pada usia 35 tahun.
7. Shenzhen ikrar bertindak sepenuhnya kawal penularan COVID-19
Pihak berkuasa bandar raya Shenzhen di selatan China berikrar untuk memanfaatkan semua sumber bagi mengawal penularan COVID-19, dengan melaksanakan saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu yang ketat, serta sekatan pergerakan bagi penghuni bangunan yang terkesan dengan jangkitan.
8. Krisis Afghanistan | Taliban lakukan ratusan kes pencabulan hak asasi
Pentadbiran kerajaan Taliban di Afghanistan dilapor melakukan ratusan pencabulan hak asasi manusia sejak rampasan kuasa tahun lalu. Jelas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ia termasuk penyeksaan dan pembunuhan bukan berdasarkan lunas undang-undang.
9. White House jelaskan dakwaan Biden hidap kanser
Rumah Putih pada Rabu menjelaskan bahawa kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang beliau menghidap kanser sebenarnya merujuk kepada diagnosis kanser kulit yang dialaminya sebelum menjadi presiden dan sudah sembuh sepenuhnya.
10. Ivana Trump disemadikan di New York City pada Rabu
Ivana Trump, bekas isteri Donald Trump, disemadikan di New York City pada Rabu.
#Berita AWANI #Mario Draghi #Ranil Wikcremesinghe #gelombang haba #Rishi Sunak #Liz Truss #An An #Panda #Taliban #Joe Biden #Ivana Trump
;