Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 14, 2022 23:58 MYT
Julai 14, 2022 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Julai 2022.
Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke republik itu selepas pesawatnya mendarat di lapangan terbang Changi pada sekitar jam 7.22 malam Khamis.
Pesawat Saudi Airlines SV788 yang dipercayai membawa Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa tiba di Singapura kira-kira jam 7.17 malam tadi. Pesawat tersebut sekali gus menjadi kapal terbang paling dijejaki di laman web flight radar 24.com pada Khamis.
Sebuah pesawat Saudia Airlines dari Maldives ke Singapura yang dipercayai membawa Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa, menjadi kapal terbang yang paling dijejaki di dunia pada Khamis.
Amerika Syarikat (AS) mungkin menetapkan harga siling minyak yang "untungkan" Rusia supaya Moscow tidak berhenti mengeluarkan minyak.
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes jangkitan tempatan kedua cacar monyet di negara berkenaan, pada Rabu.
Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka mulai hari ini. Jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.
Bandar raya New York telah menekankan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bahawa ia memerlukan vaksin cacar monyet di tengah-tengah peningkatan kes penyakit itu, kata Datuk Bandarnya, Eric Adams pada Rabu.
Tanzania telah menghantar sepasukan doktor dan pakar kesihatan untuk menyiasat tentang penyakit misteri yang telah meragut nyawa tiga orang, kata kerajaan pada Rabu.
Inflasi di Jerman kini menyebabkan berlakunya krisis sosial yang dijangka semakin memburuk untuk beberapa bulan akan datang serta memerlukan penyelesaian tuntas.
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#cacar monyet
#Haji
#harga siling
#Ukraine
#Sri Lanka
#Gotabaya Rajapaksa
#Istanbul
#Visa
#vaksin