Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 30, 2022 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Jun 2022.
1. Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Ferdinand Marcos Jr mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baharu di Muzium Negara di bandar Manila pada Khamis.
2. Jokowi tawar jadi perantara sampaikan mesej Zelenskyy kepada Putin
Presiden Indonesia Joko Widodo menawarkan diri untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy kepada pemimpin Rusia dalam usaha untuk menjadi pengantara keamanan.
3. Indonesia bakal sahkan kedudukan sebagai kuasa baharu dunia?
Indonesia bukan negara anggota G7, tetapi mempunyai kredibiliti sebagai Presiden Kumpulan Negara G20, yang dianggotai 20 ekonomi paling besar dunia.
4. Politik | Pilihan Raya Kemboja ditetapkan 23 Julai 2023
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen semalam menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh Pilihan Raya Umum ketujuh negara itu.
5. Ketua Menteri Maharashtra letak jawatan selepas pemberontakan dalam parti
Ketua menteri Maharashtra, India meletak jawatan lewat Rabu berikutan pemberontakan dalam parti pemerintah.
6. Keanggotaan NATO | Sweden, Finland diterima sebagai keluarga baharu
Pemimpin Perjanjian Atlantik Utara (NATO) secara rasmi menerima keanggotaan Finland dan Sweden ke dalam pakatan itu.
7. Krisis Ukraine-Rusia | Jokowi tiba di Kyiv
Selepas menempuh perjalanan lebih 11 jam menggunakan kereta api berkelajuan tinggi, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi tiba di Kyiv, ibu negara Ukraine.
8. PM Israeli Bennett tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang
Perdana Menteri Israel Naftali Bennett mengumumkan pada Rabu bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kerajaan gabungannya telah tumbang selepas setahun memerintah.
9. Wartawan ditembak mati di Mexico
Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian seorang wartawan berusia 47 tahun yang ditembak mati di timur laut negara itu.
10. Kanada lanjutkan langkah pencegahan COVID-19 di sempadannya
Kanada terus melanjutkan langkah-langkah kawalan pencegahan COVID-19 untuk pelancong asing yang ingin masuk ke negara itu, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Rabu.
#Filipina #Ferdinand Marcos Jr #Bong Bong #Joko Widodo #Ukraine #Indonesia #Volodymyr Zelensky #Kemboja #Maharashtra #NATO #Sweden #Finland #Naftali Bennett #COVID-19 #Kanada
;