Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 29, 2022 23:58 MYT
Jun 29, 2022 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Jun 2022.
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala susulan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada Januari tahun lepas.
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh.
Jurucakap setiausaha agung PBB, Stephane Dujarric, menekankan keperluan agar semua pihak bekerjasama mengambil langkah konkrit bagi membantu mencegah kematian yang tidak perlu dalam kalangan mereka yang berhijrah.
Bahkan, Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.
Suruhanjaya Eropah menerusi Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) membeli kumpulan pertama 5,300 dos vaksin cacar monyet yang dihantar ke Sepanyol pada Selasa.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin G7 akan mengumumkan bantuan bagi menangani krisis dasar keselamatan makanan global berjumlah lebih AS$4.5 bilion.
ekurang-kurangnya 51 orang maut dan 24 lagi cedera dalam rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar Tulua, barat daya Colombia pada Selasa.
Jelas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika Ukraine diterima sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), perang antara NATO dan Rusia akan meningkat dan berupaya menjadi perang dunia ketiga dengan senjata nuklear akan digunakan.
Menteri Sumber dan Tenaga Kanchana Wijesekera pada Selasa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Qatar Saad Bin Sherida Al Kaabi berhubung bekalan produk petroleum, termasuk gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).
#Amerika Syarikat
#Australia
#Azmin Ali
#cacar monyet
#G7
#NATO
#PBB
#Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
#Qatar
#vaksin
#Sri Lanka
#Rusia
#Mahathir Mohamad
#Joe Biden
#Colombia