Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 28, 2022 23:59 MYT
Jun 28, 2022 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Jun 2022.
Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT) Rachel Stephen-Smith mendedahkan bahawa wilayah itu sedang berdepan ancaman gelombang jangkitan COVID-19.
Australia memberi jaminan akan terus menjadi pembekal makanan kepada Malaysia berikutan gangguan rantaian bekalan global susulan Perang Rusia-Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah menerima jemputan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia pada November, menurut penasihat dasar luar negara itu, Yury Ushakov pada Isnin.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri menjadikan sustainable living sebagai menjadi agenda utama dengan berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan komuniti untuk mempunyai misi hala tuju kehidupan berdaya huni yang sama.
Kementerian Luar Pakistan memaklumkan akaun yang disekat di India termasuk akaun rasmi misi diplomatiknya di Mesir, Iran, Turki dan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Wartawan dan organisasi media membidas tindakan anggota polis Delhi yang menahan wartawan Mohammed Zubair, selaku pengasas bersama laman sesawang semak fakta Alt News, pada Isnin susulan hantaran lamanya di media sosial.
Melihat anak yang diasuh dan dididik dengan penuh kasih sayang meraih kejayaan sudah cukup menghilangkan penat dan lelah orang tua.
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 11 lagi terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai, India pada Isnin malam.
Afghanistan sangat memerlukan bantuan antarabangsa berikutan gempa bumi teruk minggu lalu yang mengorbankan lebih 1,100 warganya. Susulan itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah mengerahkan sumbernya untuk membantu mangsa.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia pada Isnin.