Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 24, 2022 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Jun 2022.
1. EU beri Ukraine, Moldova status calon anggota
Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah menerima Ukraine dan Moldova sebagai status calon untuk menganggotai blok itu, kata Presiden Majlis Eropah Charles Michel pada Khamis.
2. Keanggotaan EU | Ukraine terima status sebagai calon
Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi memberi Ukraine status calon bagi menyertai blok itu.
3. Keanggotaan EU | Ukraine sifatkan satu kemenangan
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sifatkan keputusan Kesatuan Eropah (EU) memberikan status calon kepada negara itu sebagai satu kemenangan sejak 120 hari tercetusnya perang dan 30 tahun merdeka.
4. EU | Pemimpin sokong pencalonan Ukraine
Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memberi sokongan terhadap pencalonan Ukraine untuk menyertai blok 27 negara itu.
5. Gempa bumi: Singapura sumbang AS$50,000 bantuan kemanusiaan ke Afghanistan
Singapura akan menyumbang AS$50,000 bagi menyokong usaha Palang Merah Singapura mengumpul dana awam bagi tujuan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan yang dilanda gempa bumi kuat pada 22 Jun.
6. Ibu kota baharu Indonesia 'Nusantara' mula dibina Ogos ini
Indonesia akan memulakan pembinaan bangunan kerajaan di ibu negara baharunya Ogos ini, kata Menteri Kerja Raya dan Perumahan republik itu.
7. WHO mulakan perbincangan mengenai isytihar cacar monyet kecemasan global
Satu jawatankuasa khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula bermesyuarat pada Khamis untuk memutuskan sama ada cacar monyet perlu diisytiharkan sebagai "kecemasan kesihatan awam" global, di tengah-tengah penularan wabak itu di kebanyakan negara-negara Eropah.
8. Politik Myanmar | Aung San Suu Kyi jalani tahanan pengasingan
Aung San Suu Kyi dilaporkan sudah dipindahkan dari tahanan rumah ke tahanan pengasingan di penjara dekat Nay Pyi Taw, Myanmar.
9. BRICS | Perdagangan Rusia bersama China, India meningkat - Putin
Dalam cubaan untuk menamatkan tindakan balas antarabangsanya, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengambil langkah untuk terus memperkukuhkan hubungan di peringkat global khususnya antara negara anggota BRICS.
10. Pekerjaan | Netflix umum 4% tenaga kerja diberhentikan
Perkhidmatan penstriman terkenal Netflix umum satu lagi pusingan pemberhentian kerja selepas syarikat tersebut bergelut dengan pertumbuhan yang perlahan selain peningkatan persaingan.
#EU #Kesatuan Eropah #Moldova #Ukraine #Volodymyr Zelensky #Afghanistan #Indonesia #nusantara #WHO #cacar monyet #Aung San Suu Kyi #Myanmar #Vladimir Putin #Rusia #Singapura #gempa bumi #Netflix
;