Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 22, 2022 23:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Jun 2022.
1. Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan cecah 1,000
Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan pada Rabu mencecah 1,000 dengan lebih 1,500 orang lagi cedera.
2. Restoran Terapung Jumbo Hong Kong karam di Laut China Selatan
Restoran Terapung Jumbo, destinasi menjamu selera terbesar di dunia, karam di Laut China Selatan beberapa hari selepas ia ditunda dari pelabuhan Hong Kong setelah hampir setengah abad berlabuh di situ.
3. Jokowi temui Putin, Zelensky, jadi pendamai akhiri konflik
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap perang yang masih berlanjutan antara dua negara itu.
4. Pemuda Palestin maut ditikam peneroka haram Yahudi
Seorang peneroka haram Yahudi menikam warga Palestin sehingga maut di Tebing Barat yang dijajah Israel pada Selasa.
5. Pesawat terbakar sejurus mendarat, 3 penumpang cedera
Menurut Jabatan Penerbangan Miami-Dade, Greg Chin, kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan peralatan pendaratan kapal terbang tersebut.
6. Tak Cukup Kakitangan | Lapangan terbang Amsterdam sekat penerbangan
Langkah ini juga bermakna lapangan terbang itu tidak dapat menampung jumlah permintaan tinggi penumpang yang kali pertama melancong selepas wabak COVID-19 reda.
7. Mogok kereta api terbesar di UK dalam tempoh 30 tahun
Puluhan ribu pekerja keluar pada hari pertama mogok kereta api terbesar di Britain dalam tempoh 30 tahun menyebabkan jutaan penumpang terkandas, pada Selasa.
8. 69 maut, 9.5 juta terkandas dalam banjir di Bangladesh
Situasi banjir di Bangladesh terus memburuk dengan 9.5 juta orang masih terkandas dan terputus hubungan termasuk bekalan makanan dan minuman.
9. COVID-19 | Bayi, kanak-kanak prasekolah mula dapatkan vaksin
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah meluluskan penggunaan vaksin untuk golongan umur tersebut minggu lepas.
10. Singapura sahkan kes import cacar monyet
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan negara itu telah mengesan satu kes import cacar monyet, pada Selasa.
#Afghanistan #Amsterdam #COVID-19 #gempa bumi #Volodymyr Zelensky #Hong Kong #skala Richter #Vladimir Putin #Joko Widodo #Ukraine #Singapura #cacar monyet
;